Pusat Teknologi Digital

"Kuasa Digital Impak Global"

e-ISSN : 3083-8223

Sistem HaloKaunselor Unit Kaunseling HEP-UKM Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman
(Pengarah HEP-UKM)

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan dan pasukan Pusat Teknologi Maklumat di atas kerjasama yang baik dalam menghasilkan Sistem HaloKaunselor Unit Kaunseling HEP-UKM. Kerjasama yang diberikan amat memberikan manfaat kepada Unit Kaunseling dan pelajar UKM. Dengan wujudnya sistem ini dapat menyelesaikan pengurusan permohonan klien dan data dengan sukses dan tepat pada waktu. Selain itu, sistem ini juga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan kami

Capaian Rangkaian dan UFAST Nur Syahirah Zainal Abidin

Terima kasih diucapkan kepada Puan Nor Haryati Suhaimi dari Pusat Teknologi Maklumat kerana telah berjaya menyelesaikan masalah capaian rangkaian yang lambat dan berjaya mengatasi isu error UFAST. masalah ini berlarutan kerana punca yang tidak diketahui. Kecekapan beliau telah membantu pihak Pusat Genius Pintar Seremban menggunakan UFAST kembali tanpa ralat dan capaian rangkaian tidak lagi lambat.

Pencetak Label Siti Roziah A Rahim (PKUKM)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Dila kerana masalah pencetak label berjaya diselesaikan secara maya, tanpa beliau datang ke lokasi. Selain menjimatkan masa, saya belajar sesuatu yang baru iaitu pendedahan berkaitan teknologi penyelesaian aduan IT secara maya menggunakan VNC.Tahniah dan terima kasih PTM semoga terus majujaya. Terima kasih Puan Dila sangat pantas dan membantu.

Perisian Antivirus BITDEFENDER Siti Suraya Sulaiman (PKK)

Terima kasih atas bantuan dan sokongan kakitangan yang ditugaskan,Puan Dila dalam menyelesaikan masalah pemasangan Perisian antivirus BitDefender di iMac saya yang tidak berjaya saya pasang sebelum ini. Saya amat menghargai ketersediaan kakitangan yang memberi bantuan mengikut masa dan waktu saya memandangkan saya tidak dapat berada di pejabat ketika membuat liputan acara universiti. Penyelesaian masalah ini mengambil masa kurang dari lima hari waktu bekerja. Tahniah PTM.

UFAST

Terima kasih diucapkan kepada Puan Adila kerana pemasangan UFAST berjaya dilakukan secara maya, tanpa beliau datang ke lokasi. Selain menjimatkan masa, saya belajar sesuatu yang baru iaitu pendedahan berkaitan teknologi penyelesaian aduan IT secara maya menggunakan VNC. Tahniah dan terima kasih PTM semoga terus maju jaya.

Konfigurasi Internet Mohamad Hidir Mhd Salim

Terima Kasih diucapkan kepada Puan Nur Adilah daripada Pusat Teknologi Maklumat, UKM atas jasa beliau membantu saya dalam menetapkan konfigurasi internet bagi laptop peribadi saya. Kecekapan beliau menyelesaikan masalah ini sangat saya hargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih

Tindakan Pantas Atas Aduan Pn. Zaharah Zainal Abidin (PKU UKM)

Ucapan terima kasih kepada, Puan Dilla kerana bertindak pantas menyelesaikan masalah pada aduan yang dibuat oleh pihak kami. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PTM atas tindakan pantas terhadap permasalahan yang kami adukan

Bahagian Aplikasi Sumber Manusia

Setinggi tahniah dan saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan Puan Nordianah Ab. Samat dan rakan-rakan terlibat dari Bahagian Aplikasi Sumber Manusia & Penyelidikan yang menyelesaikan aduan ict saya dengan pantas pada hari yang sama. Semoga terus memberi perkhidmatan yang cepat, cekap kepada pelanggan. Tahniah!

Bahagian Khidmat Pelanggan

Saya menghadapi masalah dengan satu perisian dan telah menghubungi syarikat tersebut yang merupakan syarikat antarabangsa. Namun syarikat tersebut gagal untuk membantu saya menyelesaikan masalah tersebut yang telah lama berlanjutan. Namun kakitangan ini iaitu En. Mohd Shukry Abu Bakar, Juruteknik Komputer, Bhg. Khidmat Pelanggan, Pusat Teknologi Maklumat UKM berjaya membantu saya menyelesaikan masalah tersebut dengan penuh hikmah dan tanggungjawab. Terima kasih sekali lagi Tuan

Masalah Berkaitan Pencetak Pn. Farah Dina Ismail (ATMA)

Thank you to Pn. Adila from Pusat Teknologi Maklumat for helping to fix the printer's problem.

Operasi di Kaunter Mohd Azli bin Mohd Ariff

Bantuan yang diberikan oleh team Puan Syarina (PTM) amat dihargai walaupun telah melebihi masa operasi di kaunter.

Penyelesaian Masalah Berkaitan Pencetak Zura Linda binti Mokhtar

Satu pembelajaran baru dari staf DILA PTM iaitu penyelesaian sharing printer dilakukan melalui maya tanpa perlu ke lokasi, menjimatkan masa dan selesai dalam masa yang singkat tidak sampai setengah jam, PTM memang terbaik dan power, saya sangat menghargainya.....LURVE

Penghargaan

  • Penghargaan bagi Perkhidmatan Pegawai PTM

    Salma Hashem

    Saya ingin memberitahu dan menghargai usaha pegawai ptm yang membantu saya tempoh hari iaitu Puan NurFazliana bt Ramli, Helpdesk PTM. Beliau menerangkan satu per satu apa yang perlu saya buat sehingga selesai isupendaftaran bagi kenalan saya yang bakal menjadi pelajar ukm. Panggilan sehingga 30 minit namun beliau sangatsabar dan menyelesaikan isu tersebut dengan sangat baik. Terima kasih banyak puann semoga dipermudah urusan selalu
  • Appreciation for Your Technical Assistance

    Khairunnisa Zaidan

    I would like to express my sincere gratitude to Pn. Zuraidah Kahar from the ICT PTM technical team for her step-by step guidance in restoring my WiFi connection. Your assistance is greatly appreciated.
  • SMPE Issue Fixed

    Nurul Farhana binti Ismail

    A big thanks and appreciation to Ms technical (Puan Nur Haniza Binti Ali) for helping me on the SMPE issue. She give me a good explanation and still replied my email although I sent many times for my inquiries.'
  • Perkhidmatan Bantuan Akses ke SMP WEB

    Ahmad Zaki Mohd Rum

    Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Puan Nur Haniza Binti Ali di Pusat Aduan ICT, PTM dalam kesudian beliau untuk membantu saya dalam proses pengaksesan ke smp web ukm. Maklum balas yang diberikan adalah cemerlang dan responsif.
  • Penghargaan atas Bantuan Menyelesaikan Masalah ICT

    Izzatul Fadhilah binti Ishak

    Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada staf UKM yang telah membantu saya menyelesaikan masalah ICT dengan begitu cepat dan berkesan. Dedikasi serta profesionalisme mereka amat saya kagumi, mereka berusaha memahami isu yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian, bukannya menolak atau mengabaikannya. Sikap empati dan kesungguhan mereka benar-benar mencerminkan nilai murni dalam perkhidmatan UKM. Terima kasih kerana memberikan bantuan dengan penuh komitmen dan keprihatinan. Usaha anda amat saya hargai dan menjadi contoh terbaik semangat kerja cemerlang warga UKM. Staf terbabit adalah En. Muhammad Shahbudin,En. Bisyri dan En. Shukry