PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Peneraju Transformasi Digital

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Oktober 2023

Anugerah ini diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk mengiktiraf kemahiran digital kakitangan F (Skim Teknologi Maklumat) Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia bertujuan mengangkat kepakaran kakitangan F ke tahap yang lebih tinggi sebagai pakar rujuk digital di peringkat universiti.

3 Kategori Anugerah

  • Kakitangan Pengurusan & Profesional (F41 – F54)
  • Kakitangan Pelaksana (FA29 – FA38)
  • Kakitangan Pelaksana (FT19 – FT28)

Syarat Permohonan

  • Penyertaan adalah terbuka kepada semua kakitangan skim F di UKM.
  • Penyertaan hendaklah dibuat melalui borang atas talian yang disediakan.
  • Keputusan pemenang anugerah adalah muktamad.