
Hasilkan Model 3D Dengan Hanya Menggunakan Telefon Pintar
RealityScan, satu aplikasi yang dibangunkan oleh Epic Games membolehkan anda menghasilkan model 3D berasaskan objek sebenar melalui telefon pintar anda kini boleh dimuat turun khas kepada pengguna iOS sahaja buat masa ini. Teknologi yang hampir sama digunakan pada NVIDIA NeRF, namun aplikasi dari Epic ini menggunakan cara yang mudah melalui kamera telefon pintar.