PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT |

Peneraju Transformasi Digital

VISI 

Peneraju transformasi digital Universiti Watan

MISI

Mentransformasi produk dan perkhidmatan berlandaskan teknologi digital berpacukan data yang mengutamakan keselamatan dan pengalaman pelanggan melalui tadbir urus tangkas serta tuntas kepada pemegang taruh UKM.

DASAR KUALITI

Bertekad menyediakan perkhidmatan ICT secara professional dan berkualiti serta mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan penambahbaikan berterusan untuk menjamin kepuasan pelanggan

NILAI PTM
P.T.M mendokong nilai T.E.R.A.S melalui:

  • Profesional & Profesionalisme (T & E)

  • Tangkas & Tuntas (A)

  • Mampan & Mapan (R & S)

MOTTO

Peneraju Transformasi Digital | The Digital Transformation Leader

Fungsi PTM

  • Membangun, menguji dan menyelenggara sistem maklumat utama, dan sokongan universiti.
  • Menyedia, menyelenggara dan memantau infrastrukur serta mentadbir urus data universiti.
  • Menyedia, menyokong dan memantau perkhidmatan ICT universiti.
  • Membina kepakaran, budaya, dan bakat digital.
  • Menyedia, memantau, dan memastikan kelestarian kemudahan rangkaian serta memastikan keselamatan aset digital universiti.

Objektif Kualiti berdasarkan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan 

  • 95% permohonan perkhidmatan ICT diambil tindakan dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima permohonan.
  • 95% ketersediaan capaian ke internet dan intranet.

Objektif Keselamatan Maklumat berasaskan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat(ISMS)

  • Memastikan data Sistem Maklumat Universiti tersedia dan boleh dicapai.
  • Memastikan semua capaian SMU kritikal menggunakan ID yang sah dan disemak secara berkala.