Penghargaan atas Bantuan Menyelesaikan Masalah ICT
Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada staf UKM yang telah membantu saya menyelesaikan masalah ICT dengan begitu cepat dan berkesan. Dedikasi serta profesionalisme mereka amat saya kagumi, mereka berusaha memahami isu yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian, bukannya menolak atau mengabaikannya. Sikap empati dan kesungguhan mereka benar-benar mencerminkan nilai murni dalam perkhidmatan UKM. Terima kasih kerana memberikan bantuan dengan penuh komitmen dan keprihatinan. Usaha anda amat saya hargai dan menjadi contoh terbaik semangat kerja cemerlang warga UKM. Staf terbabit adalah En. Muhammad Shahbudin,En. Bisyri dan En. Shukry