Pengurusan Rangkaian
1. Rangkaian berwayar di Kolej-kolej
- Rangkaian internet mengunakan kable di sediakan di bilik-bilik pelajar serta felo yg meliputi di kolej-kolej seperti :-
i. KTHO
ii. KDO
iii. KAB
iv. KIY
v. KUO
vi. KBH - Sekiranya terdapat masalah port internet tidak berfungsi/rosak boleh membuat laporan melalui http://www.ukm.my/efact
2. Rangkaian Tidak Berwayar
- Infrastruktur rangkaian yang disediakan untuk warga dan tetamu UKM. Pemasangan tertumpu di kawasan-kawasan tumpuan awam dan warga UKM seperti dewan kuliah, bilik mesyuarat dan kawasan yang bersamaan dengannya. maklumat liputan rangkaian wifi UKM boleh dirujuk pada http://rangkaian.ukm.my/wifiukm2011/mapUKM2.html
- terdapat 2 jenis perkhidmatan wifi UKM yang disediakan oleh pihak rangkaian iaitu:-
i. UKM-WARGA = untuk kegunaan warga berdaftar seperti kakitangan serta pelajar
*pendaftaran id wifi UKM-WARGA boleh dilakukan secara online di http://www.ukm.my/spwifi*
ii. UKM-Tetamu/tetamu-ukm = untuk kegunaan tetamu ukm - Sekiranya terdapat masalah wifi tidak berfungsi/rosak boleh membuat laporan melalui http://www.ukm.my/efact
3. Permohonan Alamat Ip
RA/Pelawat (fello)
- Bagi ‘Research Assistant’ atau pelawat (fello) yang memerlukan alamat IP perlu membuat permohonan melalui penyelia/staff UKM yang berkaitan secara atas talian di http://rangkaian.ukm.my/mohonip/mohonip.php
4. Permohonan Laluan Khas Ke internet
- Perkhidmatan yang diberikan kepada pentadbir sistem/server bagi membolehkan ‘port services’ tertentu dibuka untuk capaian oleh pihak luar UKM dan sebaliknya.
- Bagi ‘Research Assistant’ atau pelawat (fello) yang memerlukan laluan khas perlu membuat permohonan melalui penyelia/staff UKM. Borang permohonan laluan khas ke internet boleh didapati di sini.
5. Khidmat Pelanggan
- Menyediakan perkhidmatan bantuan teknikal dan khidmat nasihat dalam sebarang masalah penggunaan perkhidmatan bahagian pengurusan rangkaian. Sebarang pelaporan kerosakan, aduan perkhidmatan atau komen boleh disalurkan melalui http://www.ukm.my/efact