PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Peneraju Transformasi Digital

Latar Belakang


Pusat Teknologi Maklumat (PTM) diwujudkan sejak tahun 1972 di bawah Pejabat Canselori. Pada masa itu ia beroperasi sebagai Unit Komputer yang bertanggungjawab dalam pemprosesan gaji kakitangan. Pada tahun 1980, unit ini telah dinaiktaraf kepada Pusat Komputer selaras dengan pertambahan fungsi utama dan perkembangan teknologi bagi menyokong kecekapan pengurusan universiti. PTM telah diketuai oleh 13 orang Pengarah  sejak penubuhannya pada tahun 1972.

Nama Tempoh Jawatan
Abdul Hamid Ahmad 1972 – 1974 Ketua Unit
Abdul Hamid Marzuki 1974 – 1979 Ketua Unit
Abdul Hamid Marzuki 1980 – 1981 Pemangku Pengarah
Zahari Awang 1982 – 1983 Pengarah
Ismail Harun 1983 – 1984 Pemangku Pengarah
Prof. Dato’ Dr. Zainul Abidin Sharrif 1985 – 1989 Pengarah
Ismail Harun 1989 – 1993 Pemangku Pengarah
Dr. Abdul Rahman Omar 1993 – 1995 Pengarah
Prof. Dr. Kasmiran Jumari 1995 – 2006 Pengarah
Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim 2006 – 2011 Pengarah
Prof. Madya Dr. Mohamad Shanudin Zakaria 2011 – 2016 Pengarah
Prof. Dr. Mohd Juzaiddin Ab Aziz 2016 – 2021 Pengarah
Prof. Madya Dr. Rozilawati Razali 2021 – Sekarang Pengarah