Mentransformasi produk dan perkhidmatan berlandaskan teknologi digital berpacukan data yang mengutamakan keselamatan dan pengalamanpelanggan melalui tadbir urus tangkas sertatuntas kepada pemegang taruh UKM.
DASAR KUALITI
Bertekad menyediakan perkhidmatan ICT secara professional dan berkualiti serta mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan penambahbaikan berterusan untuk menjamin kepuasan pelanggan
NILAI PTM P.T.M mendokong nilai T.E.R.A.S melalui:
Profesional & Profesionalisme (T & E)
Tangkas & Tuntas (A)
Mampan & Mapan (R & S)
MOTTO
Peneraju Transformasi Digital | The Digital Transformation Leader
Fungsi PTM
Membangun, menguji dan menyelenggara sistem maklumat utama, dan sokongan universiti.
Menyedia, menyelenggara dan memantau infrastrukur serta mentadbir urus data universiti.
Menyedia, menyokong dan memantau perkhidmatan ICT universiti.
Membina kepakaran, budaya, dan bakat digital.
Menyedia, memantau, dan memastikan kelestarian kemudahan rangkaian serta memastikan keselamatan aset digital universiti.
Objektif Kualiti berdasarkan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan
95% permohonan perkhidmatan ICT diambil tindakan dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima permohonan.
95% ketersediaan capaian ke internet dan intranet.
Objektif Keselamatan Maklumat berasaskan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat(ISMS)
Memastikan data Sistem Maklumat Universiti tersedia dan boleh dicapai.
Memastikan semua capaian SMU kritikal menggunakan ID yang sah dan disemak secara berkala.