Penyelenggaraan Suis Utama di PTM 26 & 27 April 2014
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
” Penyelenggaraan Suis Utama di PTM 26 dan 27 April 2014 ”
Adalah dimaklumkan Bahagian Pengurusan Rangkaian (BPR) akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di Bilik Suis Utama PTM
pada 26 April 2014 (Sabtu) dan 27 April 2014 (Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Sehubungan dengan itu, akan terdapat gangguan kepada perkhidmatan yang berikut:
1) semua capaian kepada sistem dalaman UKM
2) capaian ke internet KECUALI wifi UKM-Tetamu, wifi UKM-Pelawat dan rangkaian di asrama UKM (Kolejnet).
Perkhidmatan akan beroperasi semula setelah kerja-kerja penyelenggaraan tersebut selesai.
Sekiranya terdapat masalah capaian rangkaian selepas tempoh tersebut, harap dapat maklumkan atau hubungi kami di talian 6134.
Sekian, Harap Maklum.