Gangguan Capaian Rangkaian UKM pada 11 Ogos 2014
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
“Gangguan Capaian Rangkaian UKM”
Adalah dimaklumkan bahawa Rangkaian UKM sedang mengalami gangguan yang dikenalpasti bermula pada hari ini 11 Ogos 2014 (Isnin). Masalah gangguan masih dalam siasatan.
Sehubungan dengan itu, capaian internet akan terganggu kerana pihak kami masih dalam proses tindakan pembetulan sehingga masalah tersebut selesai. Maklumat terkini berkaitan status capaian rangkaian akan dimaklumkan dari masa kesemasa.
Sebarang masalah berkaitan boleh hubungi kami di talian 03-8921 6134.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, Harap Maklum.