Makluman Capaian Rangkaian Keluar UKM (INTERNET)

KEPADA SEMUA PENGGUNA RANGKAIAN UKM

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

” MAKLUMAN CAPAIAN RANGKAIAN KELUAR UKM (INTERNET) “

Dengan hormatnya makluman dalam Buletin Universiti berkenaan “Gangguan Capaian Rangkaian Keluar UKM (Internet)” pada (12/11/2014 )  adalah dirujuk.

Pihak ISP (Jaring) telah memaklumkan gangguan ini berlaku disebabkan Laluan Kabel Fiber Optik Utama telah terputus di Simpang 3 Hitachi ( berdekatan dengan lampu isyarat) berikutan kerja-kerja pembinaan dan pelebaran jalan oleh pihak JKR Kuala Langat.

Sehubungan dengan itu , pihak PTM telah mengambil inisiatif dan langkah drastik mengalih laluan ke Internet menggunakan laluan kedua ( UKM Second Link – 200Mbps ) pada 12/11/14 jam 1.26 pm.

Internet telah dapat dicapai semula dengan had dan limitasi yang berikut (pengguna UKM dan wifi UKM-warga sahaja) :-

1)        HANYA IP dalaman 10.xxx.xxx.xxx sahaja boleh capai ke Internet.
2)        Semua IP 202.185.xxx.xxx TIDAK DAPAT capai ke Internet.
3)        Semua web dalaman UKM TIDAK DAPAT DICAPAI dari luar UKM ( contoh: UKM portal , ezplib , iFolio , smpweb dsb).
4)        Servis emel antara domain dalaman sahaja dapat dihantar dan diterima.
5)        Servis emel domain UKM TIDAK DAPAT dicapai sepenuhnya dari luar UKM.
6)        Servis emel edu.ukm.my , gmail , yahoo dan semua domain luar TIDAK DAPAT DICAPAI SEPENUHNYA dari dalam UKM.
7)        Emel edu.ukm.my boleh dicapai tetapi hanya boleh menghantar dan menerima emel dengan domain luar sahaja

Bagi memastikan anda dapat mencapai Internet dalaman dan luaran seperti yang disebutkan di atas , sila pastikan konfigurasi rangkaian anda seperti berikut:-

 Preferred DNS Server : 202.185.48.7
                Alternate DNS Server : 8.8.8.8

Pengguna wifi UKM Pelawat dan wifi di Kolej Kediaman boleh mencapai semua web dalaman UKM dan Internet menggunakan laluan yang sama ke Internet. ***

Sehubungan dengan itu, kami sangat mengharapkan semua pengguna dapat menggunakan capaian ke Internet dengan berhemah buat masa ini bagi mengelakkan kesesakan kerana semua pengguna UKM terpaksa berkongsi laluan yang lebih kecil kapasitinya. Kami amat berbesar hati sekiranya semua pengguna dapat bersama-sama :-

1)        Menggunakan internet untuk keperluan rasmi sahaja.
2)        Mengelakkan aktiviti muat turun(download) yang besar pada masa-masa utama.
3)        Mengelakkan semua aktiviti sosial menggunakan internet (youtube , faceboook , yahoo messenger dsb) pada waktu kerja.

Pihak kami akan memaklumkan status capaian dari masa ke semasa. Terima kasih atas kerjasama dan keperihatinan semua. Segala kesulitan amat kami kesali.

Sebarang masalah berkaitan boleh hubungi kami di talian 03-8921 7070.

Sekian terima kasih