Gangguan Capaian Keseluruhan Sistem Maklumat Universiti 27/05/2016
Kerja-kerja penyelenggaraan terhadap bekalan kuasa letrik di Pusat Data PTM terpaksa dilakukan bagi memberi laluan kepada penggantian UPS yang baharu.
Sehubungan itu, akan berlaku gangguan capaian terhadap seluruh Sistem Maklumat Universiti termasuk capaian ke internet serta sistem-sistem lain yang ditempatkan di Pusat Data, PTM dalam tempoh seperti berikut:
Tarikh: 27 Mei 2016, Jumaat
Masa: 7.00 malam – 7.00 pagi
Adalah diharapkan, pihak-pihak berkaitan dapat mengambil tindakan selanjutnya terhadap kesan daripada kerja-kerja di atas. Kerja-kerja ini terpaksa dilakukan demi kemudahan semua dimasa hadapan dan segala kesulitan yang timbul adalah amat dikesali.
Sekian, terima kasih.