Makluman Gangguan Capaian 21-22 Julai 2017

MAKLUMAN GANGGUAN CAPAIAN TERHADAP KESELURUHAN PERKHIDMATAN ICT DAN SISTEM MAKLUMAT UNIVERSITI (SMU)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan terhadap bekalan kuasa letrik di Bahagian Pangkalan Data, Pelayan & Storan, Pusat Teknologi Maklumat (PTM) terpaksa dilakukan bagi memberi laluan kepada penyelenggaraan UPS.

Sehubungan itu, akan berlaku gangguan capaian terhadap seluruh Sistem Maklumat Universiti (SMU) termasuk capaian ke internet serta sistem-sistem lain yang ditempatkan di Bilik Server Utama, PTM dalam tempoh seperti berikut:

Tarikh             :           21 Julai 2017 (Jumaat) – 22 Julai 2017 (Sabtu)

Masa               :           10.00 malam (21 Julai 2017) – 10.00 pagi (22 Julai 2017)

Adalah diharapkan, pihak-pihak berkaitan dapat mengambil tindakan selanjutnya terhadap kesan daripada kerja-kerja di atas. Kerja-kerja ini terpaksa dilakukan demi kemudahan semua dimasa hadapan dan segala kesulitan yang timbul adalah amat dikesali.

Sekian, terima kasih.