PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Peneraju Transformasi Digital

Lapor Insiden

MELAPOR INSIDEN ATAU ANCAMAN KESELAMATAN MAKLUMAT

  1. BILA PERLU LAPOR?
    • Lapor segera insiden atau ancaman Keselamatan Maklumat yang ditemui kepada *UKMCERT.
    • Insiden keselamatan adalah situasi apabila berlakunya pelanggaran Dasar, kegagalan kawalan atau isu keselamatan lain melibatkan sistem dan rangkaian yang boleh menjejaskan operasi perkhidmatan atau mengancam keselamatan maklumat UKM.

    Contoh: pencerobohan laman web, pencerobohan akaun emel, kecurian data, serangan malware

  2. SIAPA YANG PERLU LAPOR?
    • Warga UKM
      Adalah menjadi tanggung jawab semua Warga UKM (kakitangan dan pelajar) untuk melaporkan insiden yang ditemui atau dikenalpasti.
    • Pembekal/Pihak Ketiga
      Sekiranya menemui sebarang kelemahan yang melibatkan isu keselamatan maklumat semasa melaksanakan operasi di UKM, pembekal/pihak ketiga perlu melaporkannya.
    • Pelanggan UKM/ Orang Awam
      Pelanggan UKM dan orang awam dialu-alukan untuk melaporkan kepada pihak UKM jika menemui sebarang kelemahan yang boleh menjejaskan keselamatan maklumat UKM atau boleh memberi ancaman kepada pihak lain seperti web defacement atau kebocoran maklumat.
  3. BAGAIMANA UNTUK LAPOR?
    • Laporkan kepada UKMCERT melalui borang di Google Forms
    • Laporan boleh juga dibuat melalui talian hotline PTM 03 – 89217070

*UKMCERT – Pasukan yang diwujudkan untuk menerima dan bertindakbalas terhadap insiden berkaitan keselamatan ICT UKM.