Gangguan Perkhidmatan Capaian ke Internet pada 24 September 2021

Pusat Teknologi Maklumat akan melaksanakan Penyelenggaraan Berjadual Perkakasan Pengurusan Trafik Internet bagi menjamin kualiti perkhidmatan capaian ke Internet, rangkaian antara kampus dan rangkaian tanpa wayar UKM dalam keadaan baik dan tersedia. Kerja-kerja penyelenggaraan ini akan dijalankan pada:

Tarikh : 24 September 2021 (Jumaat)
Masa : 8.00 – 10.00 malam (2 Jam)
Lokasi : Pusat Teknologi Maklumat, UKM Bangi

Sebahagian perkhidmatan capaian ke Internet akan tergendala dalam tempoh penyelenggaraan ini yang melibatkan pengguna seperti berikut:
1. Warga Kampus UKM Bangi kecuali di kolej kediaman pelajar.
2. Warga Kampus Kuala Lumpur (Jalan Raja Muda Abdul Aziz).
3. Warga Kolej Tun Dr. Ismail 1, Kampus Kuala Lumpur (Cheras) bagi perkhidmatan rangkaian wayarles-WiFi (MyUKMg).
Kerjasama daripada seluruh warga UKM dalam menjayakan kerja-kerja penyelenggaraan ini adalah amat dihargai. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-89217070 (Bahagian Aduan Khidmat ICT PTM), Whatsapp: 019-689 6457/ 2312 atau e-mel: helpdeskptm@ukm.edu.my