Kerja Menaiktaraf Rangkaian dan Kapasiti Capaian ke Internet dari 2.5 Gbps kepada 9 Gbps pada 8 Ogos 2019

UKM kini sedang dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan capaian ke Internet. Penyelenggaraan dan kerja-kerja naiktaraf perkakasan rangkaian sedang giat dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada warga UKM. Kapasiti capaian ke internet akan dinaiktaraf dari 2.5 Gbps kepada 9 Gbps. Kerja menaiktaraf dilaksanakan selama 4 jam mulai : Khamis, 8 Ogos 2019 jam 10 malam hingga Jumaat, 9 Ogos 2019 jam 2.00 pagi. Sehubungan dengan itu, GANGGUAN PERKHIDMATAN CAPAIAN KE INTERNET dari pengguna Kampus UKM Bangi dijangka berlaku sepanjang tempoh kerja menaiktaraf ini dijalankan. Gangguan ini TIDAK MELIBATKAN perkhidmatan berikut :

  1. Perkhidmatan capaian kepada Sistem Maklumat Universiti (SMU)
  2. Perkhidmatan capaian ke Internet melalui rangkaian tanpa wayar (UKMWarga & UKM-Pelawat) oleh pengguna Kampus UKM Bangi
  3. Perkhidmatan rangkaian tanpa wayar (UKM-WIFI) di semua kolej kediaman pelajar UKM
  4. Perkhidmatan capaian ke Internet oleh semua kampus cawangan, (termasuk Kampus Kuala Lumpur), pusat penyelidikan, pusat latihan dan makmal alami.
  5. Perkhidmatan rangkaian antara Kampus UKM Bangi dengan semua kampus cawangan (termasuk Kampus Kuala Lumpur), pusat penyelidikan, pusat latihan dan makmal alami.

PTM memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Kerjasama dari pihak yang terlibat dan seluruh warga UKM amat dihargai demi manfaat bersama pada masa hadapan. Pertanyaan dan bantuan teknikal, sila hubungi talian 03 8921 7070 (Helpdesk PTM) atau emel helpdeskptm@ukm.edu.my atau boleh membuat aduan secara atas talian pada Sistem Maklumbalas dan Aduan UKM (https://ewarga.ukm.my/efact)