Notis henti tugas server-server pangkalan data utama & aplikasi web untuk kerja penyelenggaraan Sistem Pengurusan Pangkalan Data pada 28 Februari 2021 (Ahad) dari jam 9.00 pagi hingga jam 9.00 malam

Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf Sistem Pengurusan Pangkalan Data di Pusat Teknologi Maklumat (PTM), UKM Bangi akan dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan yang lebih baik.

Sehubungan dengan itu, terdapat GANGGUAN CAPAIAN TERHADAP KESELURUHAN SISTEM MAKLUMAT UNIVERSITI (SMU) yang dijadualkan akan BERMULA DARI JAM 9.00 PAGI HINGGA 9.00 MALAM, PADA 28 FEBRUARI 2021 (AHAD).

Justeru, diharapkan pihak-pihak berkenaan dapat mengambil maklum dan tindakan sewajarnya terhadap kesan daripada kerja-kerja penyelenggaraan di atas.