Naiktaraf Capaian Internet, Rangkaian Antara Kampus & Rangkaian Wayarles (WIFI6)

UKM kini sedang dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan capaian ke Internet, rangkaian antara kampus dan rangkaian wayarles. Penyelenggaraan dan kerja-kerja naiktaraf rangkaian sedang giat dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada warga UKM seiring dengan permintaan dan teknologi semasa.

1. Naiktaraf Capaian Internet dan Rangkaian Antara Kampus

Sehubungan itu, GANGGUAN PERKHIDMATAN CAPAIAN INTERNET (termasuk semua perkhidmatan laman web, SMU dan UKMFolio) dijangka berlaku pada Khamis, 29 Oktober 2020 (9.00 pagi hingga 3.00 petang)

 2. Naiktaraf Rangkaian Wayarles (ssid: MyUKMg)

Dimaklumkan mulai 31 Oktober 2020, perkhidmatan rangkaian wayarles (WiFi) oleh

Maxis Berhad (ssid: WIFI-UKM) DITAMATKAN sepenuhnya pada semua lokasi.

Perkhidmatan baharu rangkaian wayarles menggunakan teknologi WIFI6 dengan peningkatan kawasan liputan dan kualiti capaian Internet dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 November 2020 dengan (ssid: MyUKMg) pada lokasi berikut:

  1. Kolej Kediaman Pelajar UKM Bangi (Kolej Kediaman & Masjid sahaja)
  2. Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Jln.Temerloh, Kuala Lumpur
  3. Kolej Tun Dr. Ismail UKM (KTDI1 & KTDI2) Cheras, Kuala Lumpur
  4. Kampus UKM Kuala Lumpur (JRM) Jln. Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
  5. Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Pekan, Pahang
  6. Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Langkawi, Kedah
  7. Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Mersing, Johor
  8. Fakulti Perubatan, UKM (Kampus Teluk Intan) Teluk Intan,  Perak
  9. Pusat Pembangunan Profesional UKM, Tanjong Karang, Selangor
  10. Bangunan Yayasan Selangor (Kampus UKM KL – JRM), Kuala Lumpur
  11. Pusat Latihan Khidmat Masyarakat UKM (PULAKEM), Beranang, Selangor
  12. Fakulti Perubatan, UKM (Hospital Slim River), Slim River, Perak
  13. Kolej Genius @Pintar Negara, Seremban, Negeri Sembilan

Pengguna di lokasi ini dijangka akan mengalami MASALAH CAPAIAN INTERNET akibat konfigurasi sistem dan perkakasan rangkaian yang akan dipantau oleh PTM mulai Selasa, 27 Oktober 2020 hingga Ahad, 15 November 2020.

UKM memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Kerjasama dari pihak yang terlibat dan seluruh warga UKM amat dihargai demi manfaat bersama pada masa hadapan.

Pertanyaan dan bantuan teknikal, sila emel helpdeskptm@ukm.edu.my atau  membuat aduan pada Sistem Maklumbalas dan Aduan UKM (https://ewarga.ukm.my/efact) atau Whatsapp ke 019-689 6457 / 2312 (https://aduanPTM1.wasap.my / https://aduanPTM2.wasap.my)