Akaun e-mel siswa UKM sedia untuk digunakan dalam tempoh 3 hari bekerja setelah pelajar berstatus MENDAFTAR dan telah menerima Notis Pemakluman E-mel Siswa daripada Postmaster E-mel UKM
Alamat akaun e-mel siswa pelajar UKM adalah No.matrik@siswa.ukm.edu.my
Pelajar boleh menyemak status dan password e-mel pada Sistem Permohonan E-mel Pelajar (SPeEP) (www.ukm.my/speep)
Sila pastikan telah membuat penukaran kata laluan di SMPWEB (www.ukm.my/smpweb) bagi kali pertama dan gunakan kata laluan yang sama untuk log in pada Sistem Permohonan E-mel Pelajar (SPeEP) (www.ukm.my/speep)
Jika masih belum menerima e-mel setelah tempoh tiga (3) hari bekerja, pelajar boleh membuat aduan kepada pentadbir_emel@ukm.edu.my atau helpdeskptm@ukm.edu.my
Storan bagi setiap pelajar UKM bagi akaun e-mel siswa dihadkan hanya sebanyak 5 GB sahaja
Sebarang aduan berkaitan dengan e-mel siswa boleh dibuat kepada pentadbir_emel@ukm.edu.my atau helpdeskptm@ukm.edu.my
Klik butang TUKAR KATALALUAN untuk tukar kata laluan baharu. Kemudian login semula menggunakan kata laluan baharu
Sila lengkapkan pendaftaran di Sistem eDaftar (www.ukm.my/edaftar). Pastikan status semasa ialah MENDAFTAR, bukan TERIMA TAWARAN
Perkhidmatan perisian yang disediakan oleh UKM adalah di pautan https://tinyurl.com/perisianukm
Pendaftaran akaun microsoft boleh dibuat menggunakan e-mel siswa UKM di https://www.microsoft.com/en-us/education/products/office
Buat pendaftaran akaun microsoft terlebih dahulu menggunakan e-mel siswa UKM di https://www.microsoft.com/en-us/education/products/office. Penggunaan microsoft teams di pautan https://teams.microsoft.com/
Pelajar boleh melayari portal pelajar pada web Portal ePelajar UKM (www.ukm.my/epelajar)
Sebarang perkhidmatan ICT yang disediakan kepada warga UKM termasuk pelajar boleh didapati di Laman Web Pusat Teknologi Maklumat (PTM) UKM (www.ukm.my/ptm)
Sebarang aduan, sila hubungi saluran berikut:
Sistem Aduan Fasiliti dan ICT UKM (SAIF) (www.ukm.my/saif)
Emel: helpdeskptm@ukm.edu.my
Hotline: 0389217070
Whatsapp: www.wasap.my/+60196896457, www.wasap.my/+60196892312